سنة حلوى أختي

href=”http://pemburucintaillahi.files.wordpress.com/2013/03/wpid-20130307_063925.jpg”>image

Sanah helwa ukht.

Bismillah.
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan… Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

2, 3 kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang
2, 3 ukhti habibti,
Mana nak sama ukhti seorang.

Moga kau terus thabat seperti mana si burung kecil yang tidak pernah berputus asa memadamkan api nabi Ibrahim.
Moga kau terus tabah sepertimana nabi nuh yang tidak lelah berhadapan kaumnya selama 950 tahun.
Moga kau terus berjuang hingga ke titisan darah kita bagi memenuhi janji padanya sepertimana As syahid imam Hassan Al banna. Syeikh ahmad Yasin. Abdul aziz arrantisi. Ummu nidhal.

Akhir sekali, moga kita bersama di Jannah menemui Dia bersama sebeban bukti kita telah membenarkan Nya!

😥
Miss nur saa
Ukhti. Makin bertambah umur ni makin dekat dengan kematian.

Advertisements

Ukhti,kali ini sahaja, biarkan aku menangis! (Part 1)

“Ukhti,untuk kesekian kalinya,biarkan ana menangis!”

Khali seketika. Aku teresak-esak menahan tangisan yang kian melebat. Si Dia hanya mampu memerhatikanku di sisi. Bisu. Tanpa suara.

Si Dia masih di situ. Kaku membisu tanpa sebarang pinjaman kata.

3 tahun yang lepas…

“Nur,anti nak pegi mana ni?? Kenapa kemas barang-barang nti??” Ati menyoal sambil menyelak akhbar harian.

Sebuah senyuman kuhadiahkan buat dia, yang memberi dokongan dan sokongan sepanjang keberadaanku di sini. Dialah teman menangis,ketawa,duka.

“Ati, kalau ana tak jump anti kat sini ana jadi macam mana ye?” soalku lantas mengambil tempat di sebelahnya.

“mestilah anti jumpa ana!” jawab satu suara. Suara itu makin mendekat lantas aku berpaling dan mencubit kedua belah pipinya.

Ati lantas bangun dan menggeletek Ara yang memang terkenal dengan kepetahannya.

Ketawa kami pecah lagi memenuhi ruangan itu.

‘Itu dulu,tika kami masih bersama. Segalanya indah terasa bagai di awang-awangan.’ Hati kecilku berbunyi.

Si Dia telah berlalu meninggalkanku tanpa butir bicara, meneruskan langkah yang bersisa tanpa berpaling padaku.

2 setengah tahun yang lalu…

“ Nur, nur tahu tak Allah ciptakan kita kat atas muka bumi ni berbagai-bagai jenis dan perangai??” soal kakak itu.

Kakak itu. Dia yang membawaku mengenal daerah ini. Membawaku mengenal cinta  hanya pada-Nya. Menenggelamkanku dalam kemanisan kata-kataNya. Melayarkanku ke satu daerah asing yang tidak pernah kuterokai, tidak pernah kulalui.

Aku hanya mampu menggeleng sayu. Sedar kurangnya dan kerdilnya aku di sisiNya.Kurangnya pengetahuan ilmu dan makrifahNya. Lemahnya dan dha’ifnya diri di sampingNya. Mataku kembali kabur.Air itu beranak dan berlari keluar.

Si kecil…..

Si kecil…..

Aku melihat dunia, membuka mata, membilang angkasa, apakah aku di dunia nyata. Figur-figur di keliling ku bergembira, tersenyum merayakan, bergembira bersorakan, kenapa ya. “si kecil” panggilan itu kudengar lagi, berkali-kali, berulang-ulang, tanpa henti, sambil mata merenungku. aku kini mula berdiri, … Teruskan membaca

B.I.

07012013

 

han,
du,
se,
ne,
titik itu jatuh lagi.

alam maya bergembira,
menanti kehadirannya,
bersuka-ria,
melihat riak-riak tanda,
tersenyum lebar,
tatkala rintiknya menyembah sang tanah perkasa.

lima,
enam,
tujuh,
lapan,
rintiknya membawaku berlayar,
ke daerah kenangan mimpi,
menuju ke satu perhentian,
yang tiada paksi.

by,
Miss Nur Sa
(allahumma sayyiban nafi’an!)
berkarya tanpa ilham, berkarya tanpa JIWA??

 

Dulu.

Image

 

Dulu aku pernah mengimpikan di sana.
Bumi Barakah,
Bumi Amanah,
Bumi dakwah,
Bumi Tarbiyah,
mampukah kita kecapi kembali??
mampukah aku mencipta,
melakar sejarah itu kembali??
Aku,kamu,mereka.
Mampukah KITA??

p/s: Perkongsian peserta MSG’12 : Syed Qutb pernah menyebut “Al-Hayah fi Zilalil Quran, La Ya’rifuha illa man Zaqaha (Kehidupan di bawah naungan Al-Quran, tidak akan mengetahui melainkan orang yang merasainya)” – Ustaz Qamarul Naim-

انتي بقاة بانت ايه؟؟؟

pap!
terpaku dan terkaku,
terus mecoret di laman sawang ini.
apa jasa kita pada ISLAM??

انتي بقاة بانت ايه؟؟؟
انتي بقاة بانت ايه؟؟؟
انتي بقاة بانت ايه؟؟؟

tepuk dada tanya diri,
Miss Nur Sa
Allahumma ballighna lailatul qadr!