Ukhti,kali ini sahaja, biarkan aku menangis! (Part 1)

“Ukhti,untuk kesekian kalinya,biarkan ana menangis!”

Khali seketika. Aku teresak-esak menahan tangisan yang kian melebat. Si Dia hanya mampu memerhatikanku di sisi. Bisu. Tanpa suara.

Si Dia masih di situ. Kaku membisu tanpa sebarang pinjaman kata.

3 tahun yang lepas…

“Nur,anti nak pegi mana ni?? Kenapa kemas barang-barang nti??” Ati menyoal sambil menyelak akhbar harian.

Sebuah senyuman kuhadiahkan buat dia, yang memberi dokongan dan sokongan sepanjang keberadaanku di sini. Dialah teman menangis,ketawa,duka.

“Ati, kalau ana tak jump anti kat sini ana jadi macam mana ye?” soalku lantas mengambil tempat di sebelahnya.

“mestilah anti jumpa ana!” jawab satu suara. Suara itu makin mendekat lantas aku berpaling dan mencubit kedua belah pipinya.

Ati lantas bangun dan menggeletek Ara yang memang terkenal dengan kepetahannya.

Ketawa kami pecah lagi memenuhi ruangan itu.

‘Itu dulu,tika kami masih bersama. Segalanya indah terasa bagai di awang-awangan.’ Hati kecilku berbunyi.

Si Dia telah berlalu meninggalkanku tanpa butir bicara, meneruskan langkah yang bersisa tanpa berpaling padaku.

2 setengah tahun yang lalu…

“ Nur, nur tahu tak Allah ciptakan kita kat atas muka bumi ni berbagai-bagai jenis dan perangai??” soal kakak itu.

Kakak itu. Dia yang membawaku mengenal daerah ini. Membawaku mengenal cinta  hanya pada-Nya. Menenggelamkanku dalam kemanisan kata-kataNya. Melayarkanku ke satu daerah asing yang tidak pernah kuterokai, tidak pernah kulalui.

Aku hanya mampu menggeleng sayu. Sedar kurangnya dan kerdilnya aku di sisiNya.Kurangnya pengetahuan ilmu dan makrifahNya. Lemahnya dan dha’ifnya diri di sampingNya. Mataku kembali kabur.Air itu beranak dan berlari keluar.

Tinggalkan komen