Seminar Agenda Umat 2012

Image

ImageImage

Saban hari kita melalui kehidupan harian kita. Saat demi saat masa berlalu. Hari ke hari kita tempuhi hidup kita seperti biasa. Apa agaknya yang selalu bermain di fikiran kita ya ?

Kebiasaannya
Bangun pagi kita akan berfikir ; Apa aku nak buat hari ini ?
Di kuliah kita berfikir; Apa doktor akan ajar pada hari ini ? Atau bila lecture habis hari ini ?
Jumpa dengan kawan, kita akan berborak perkara biasa
Selepas kuliah yang memenatkan dan lapar kita akan fikir ; Penatnya..Laparnya… Balik ni nak makan dulu atau nak tidur dulu ?
Malamnya kita merancang subjek untuk diulangkaji. Atau mungkin, menonton filem atau bermain games.

Ini realitinya. Humum kita banyak memikirkan tentang hidup kita semata-mata. Pernahkah terdetik dalam hati kita ; 
tika aku bangun pagi memikirkan apa nak dibuat harini, ada mujahid lain yang memikirkan bagaimana untuk menyemai Islam yang syumul ke dalam jiwa kita dan kawan-kawan kita.
Tika kita balik dengan penat dan lapar, pernah kita terfikir , di tempat lain ada saudara-saudara kita yang sedang berperang, kebuluran, kematian adik beradik setiap hari, berkorban dengan peluh, air mata dan darah semata-mata untuk sampaikan Islam sepertimana yang kita dapat pada hari ini ?

Memikirkan bahawa terdapat sekumpulan kecil manusia ini bersungguh-sungguh berkorban demi Islam dan demi kita,
menjadikan kita berazam untuk menghasilkan, menyumbang jiwa untuk Islam.

Wahai saudaraku , sedang kita sibuk memikirkan tentang diri kita semata-mata, terdapat manusia lain yang banyak memikirkan tentang kita / umat Islam. Umat kini tenat. Tetapi di manakah kita ?

Sesungguhnya, hidup ini amat MUDAH jika kita hanya memikirkan tentang diri KITA semata-mata. Tetapi hidup ni akan menjadi SUKAR dan BERMAKNA jika kita memikirkan dan membuat sesuatu demi SAUDARA kita yang lain.. 

SEMINAR AGENDA UMMAH
Slot 1 : Realiti Umat Hari Ini. 
DI MANAKAH KITA ?
oleh Ustazah Nur Fatin Halil 
Sarjana Syariah Islamiyah , Darul Ulum, Universiti Kaherah

6 April 2012
Bertempat di Kasr el Aini
Main Conference Hall , Cairo University
pada jam 8am-5pm

Menjemput seluruh mahasiswa dan mahasiswi Melayu seluruh Mesir untuk bersama- sama mengenali Peranan Kita Hari ini.

jom meramaikan!!

rujukan >>> http://www.facebook.com/ismamesir

>>>> http://www.facebook.com/events/325740460822016/

>>>> http://agendaumat.blogspot.com/

p/s: seronok bila melihat umat mahasiswa/wi di Mesir sangat men’SIBUK’kan diri mereka dengan program-program membina diri~ moga ALLAH membalas segalanya! “sebaik-baiknya adalah yang bekerja” 😀

JOIN US! 

Mis Nur Sa
(hamdalillah,She is getting better! http://www.ahlasoot.com/downloads.asp?ID=23068 [check this out! you won’t regret!] Missin’ them but I knew ALLAH always protects them!) 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s