As-syahid syed qutb

As-syahid syed qutb

Kita bicara tentang usrah ‘online’ yang ‘kering’..
Mereka bicara tentang usrah yang penuh ukhuwah dan maknawi keimanan..

Kita bicara perihal jilsah yang hanya 2 jam lamanya
Jilsah yang penuh tawa malah dengan tak sabar menunggu saat khatam al-Asr nya
Dengan mata menitip status baru kawan di mukabuku
Sedang tangan menyuap rakus perut yang kekosongan.

Mereka bicara perihal jilsah 5 ke 6 jam
Jilsah yang penuh fokus dengan kesediaan ahli-ahlinya..
Dengan nota penting kemas ditinta
Sedang mulut tidak sudah mengumit hafalan qalamullah.

Kita bicara dengan bangganya,
Tentang 20 ke 30 orang yang baru kita kumpulkan
Buat mengenal amanat Tuhannya
Mereka bicara dengan amal
Di atas 8 padang bola luasnya…

Sedang mereka sama baya
Sama muda jiwa gelora
Sama kuat tenaga perwira

Entah apa silapnya,
Mungkin kita masih bermanja
Enggan merungkai serakah di dada..

Buat aku dan kamu..
Kita dan mereka sama..
Cuma berbeda di sisi Tuhannya.

Abu.Khairah
Alan Bullock Close, Oxford
26 Februari

(p/s: copy n paste from the facebook)

Mursyid 'am ke-5 : Mustafa Masyhur

‎”sesungguhnya aku simpulkan bahawa saat kita mulakan dakwah ini,

ianya tatkala dakwah ini dalam hal bangkit selepas kejatuhan merudum,

dan aku lihat,

Allah menganugerahkan kekuatan tamadun dahulu,
juga bangkit selepas kejatuhan yang merudum”

Mustafa Masyhur – Toriq Dakwah

mereka membina rijal,
yang bukan hanya kuat dari segala aspek,
bukan hebat dari segala sudut,
namun,
mereka membina rijal,
yang halus jiwanya,
tegar jasadnya,
lurus hatinya,
basah lidahnya,
ringan tubuhnya,
lelah,
kecewa,
penat,
tidak pernah kudengar mereka ungkapkan kalimah ini,
dicaci,
dihina,
dimarah,
itu perkara biasa bagi mereka,
namun perjalanan tetap diteruskan
kerna sayangkan ummah,
mekar di hati mereka,
aku,
mampukah aku mencontohi mereka,
menggolongkan diri dalam mereka,
menyambung jejak mereka,
menelusuri jalan mereka,
mampukah aku??
( baju cantik tapi zip rosak, ramai orang tak nak beli. samalah macam manusia yang sihat tapi tak mampu nak beramal dan memberi manfaat pada orang lain. – copied from nur sakinah mohd tarmizi)
terfikir-fikir,
layakkah AKU??
Miss Nur Sa mencoret~
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s