SIAPAKAH BELIAU?

“Beliau telah menjalankan satu ujikaji semasa ditugaskan untuk membina sebuah hospital di Baghdad. Beliau meletakkan daging di beberapa tempat dan memilih tapak hospital berdasarkan tahap kerosakan daging yang paling lambat”

biografi dan pendidikan

The Arabic Galen,Jalinus Arab,Galen of the Arab adalah gelaran yang ter kenal bagi BELIAU. Dilahirkan pada 865/864 AD(251 H) di sebuah daerah bernama Rayy yang terletak di negara timur tengah iaitu Iran, beliau membesar sebagai seorang remaja biasa. Remaja yang meminati aliran muzik dan nyanyian. Namun, pada lewat 30-an,minatnya beralih kepada bidang keilmuan iaitu kimia, alkemi, falsafah, logik, fizik dan matematik.

Ketika beliau berumur 40 tahun,beliau telah mengembara ke Baghdad untuk menuntut ilmu perubatan.Beliau sangat meminati bidang perubatan sehingga beliau menghabiskan seluruh hidupnya dalam bidang ini.Disebabkan minat beliau yang tinggi terhadap perubatan BELIAU telah dilantik menjadi pengarah di sebuah hospital di Rayy. Atas reputasi beliau yang membanggakan, kahlifah al-Muktafi telah memberi beliau kepercayaan menjadi pengarah di sebuah hospital utama di Baghdad(289-295 H bersamaan 901 – 908 H)

Setalah tamat tempoh tugasan, beliau kembali ke kampung halamnnya,Rayy dan berbakti di situ.Beliau telah mengajar tentang kesihatan di hospital tempatan dan meneruskan minatnya dalam bidang penulisan.Hitti menyifatkan beliau seorang doktor muslim yang hebat dan penulis yang produktif. Manakala George Sorton seorang penulis terkenal mengatakan beliau merupakan saintis terbaik di zaman pertengahan. Akhirnya, beliau meninggal pada oktober 925 M/ 930 M.

Sumbangan

Sumbangan beliau kepada bidang ilmu terlalu banyak dan tidak terkira.

Beliau sangat terkenal di bidang perubatan dan digelar “Bapa Pediatrik” kerana kesungguhannya untuk merawat penyakit kanak-kanak. Beliau juga adalah perintis bidang pediatrik(bahagian kanak-kanak), obstetrik(perbidanan) dan ophthamologi(berkaitan mata).

Penemuan penyakit campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measles) adalah hasil dari kajian beliau. Hasil penemuan ini telah menjadi rujukan perubatan dunia hinggalah abad ke-18 M.Bahkan, ia telah diulangterbit beberapa kali dan menjadi sumber kurikulum tradisional di kalangan pengamal perubatan Islam.

Sumbangan beliau dari sudut penemuan penyakit-penyakit baru dan rawatannya lebih besar.Antaranya, beliau adalah orang pertama yang membincangkan penyakit katarak mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata.

Beliau juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah.

Karya

 

Kecintaan beliau kepada ilmu menyebabkan beliau mampu menghasilkan beratus-ratus buah buku dari pelbagai bidang. Antaranya, bidang perubatan, farmakologi, kimia, falsafah, sejarah, fiqh, ensiklopedia, dan lain-lain. 3 bidang tumpuan beliau ialah:

1)      PERUBATAN

Minat yang mendalam beliau pada bidang perubatan boleh dilihat melalui penghasilan buku beliau sebanyak 140 buah dari 237 buah buku yang ditulis. Kitab teragung beliau ialah kitab Al-Hawi fit-tibb dan kitab al-Mansuri.

  1. Kitab al-hawi fit-tibb (Liber Continens)

–          Kemasyhuran kitab karangan beliau ini sehingga ia menjadi  rujukan utama perpustakaan perubatan Paris di Perancis pada 1395 M. Ibnu Abbas Al-Majusi

Juga menyimpulkan kitab ini mngandungi tiga pecahan :

1. Cara menjaga kesihatan.

2. Kaedah mengubati penyakit melalui pemakanan.

3. Cara-cara mengenal tanda-tanda penyakit.

Kitab ini telah diterjemahkan oleh seorang doctor perubatan yahudi berbangsa sicily , Faraj ibn sallim

 

  1. Kitab Mansuri (Liber medicinalis ad al Mansorem)

–          Merupakan kitab pertama yang ditulis beliau dalam bidang perubatan dan antara karya teragung beliau.Dihasilkan ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq.Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden. Di dalam kitab ini ditekankan cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat kesimpulan bagi sesuatu penyakit.

 

  1. Kitab Al-Judari wa al-hasabah

–          Kitab karangan beliau yang lain yang memuatkan berkenaan penemuan beliau mengenai penyakit cacar dan campak.

 

2)      FALSAFAH

Banyak karya beliau yang telah dihasilkan dalam bidang ini atas kecintaan beliau kepada bidang ini. Karya yang dihasilkan antaranya, al-sirah al-Falasafiyyah,Amarah al-Iqbal, al’Thib al-Ruhani dan lain-lain. Karya teragung beliau adalah Al’Thib al-ruhani yang menerangkan mengenai 2 perkara iaitu cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

3)      KIMIA

Beliau juga menceburi bidang kimia dan teah menghasilkan sebuah buku yang masyhur iaitu sir al-asrar (The Book of secrets).Kitab ini telah diterjemah ke bahasa latin dan menjadi sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14.

 

SIAPAKAH BELIAU?

BELIAU adalah AR-RAZI. Nama sebenar BELIAU ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria/Zakariyya’ Ar-Razi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s