L.O.V.E. is C.I.N.T.A.

Premis 1 : Aku cinta pada DIA

Premis 2 : Aku takut berhadapan denganNya kerna cintaku terlalu mendalam buatNya.

KONKLUSI : ???

Bila diungkapkan lafaz CINTA, ramai yang mendefinasikan ia dengan berbagai cara.

Ada yang kata:

A : Kau tau apa itu CINTA? Cinta itu buta ibarat lelaki buta tanpa tongkatnya!

B : “CINTA… Cinta itu boleh diumpakan bagai makan sambal belacan walau pedas hingga mengalir air mata namun tetap dimakan jua.”(sambil menyanyi)

C : CINTA Umpama Kentut, Hendak Di Tahan, Tak Tertahan,Hendak Dilepaskan, Malu…

 

Benarkah definisi mereka??

Ibnu Qayyim Al-Jauzi menakrifkan cinta:

“CINTA tidak mungkin didefinisikan secara jelas bahkan bila didefinisikan ia akan menjadi lebih kabur dan definisinya ialah CINTA itu sendiri”

Definisi dari perspektif ISLAM pula:

“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Q.S Ar-Ruum : Ayat 21

 

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a,bahawa nabi s.a.w. telah bersabda :

Tiga golongan yang mengecapi kelazatan dan kemanisan IMAN : Hendaklah ALLAH dan RASULnya lebih ia cintai dari selain kedua-duanya,hendaklah ia mencintai seseorang itu hanya kerana ALLAH, dan hendaklah ia benci kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka”

As-sabiqun al-awwalun telah membuktikan cinta mereka, begitu juga salafussoleh,kita pula BAGAIMANA??

Mereka yang BENAR pada janjiNYA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s