Wanita,Rumahtangga dan Ramadan


Senario 1

“mama,mama,kawan adi cakap esok kita puasa.puasa tu apa ya mama?”soal adi kepada ibunya.Si ibu agak tergamam dan terkedu lantas memalingkan wajahnya kepada sang suami yang sibuk menghadap kaca televisyen. “cuba adi tanya papa…”ujar si ibu akhirnya.Belum sempat si anak hendak bertanya kepada si ayah,si ayah bergegas keluar.Adi terdiam tanpa sebarang penjelasan

Senario 2

“Umi,umi……”ujar Ana. Si ibu mendekati anaknya yang terbaring. “Ana lapar umi,boleh tak Ana nak bukak puasa?Ana rasa macam dah nak pengsan ni…”adu Ana yang kini berumur 10 tahun. Si ibu terdiam,tersepit di antara rasa kasihan kepada buah hatinya dan kewajipan ALLAH.Tegang dan bungkam.

Senario 3

“Abah,abah, kenapa hari ni ramai orang datang rumah kita?Umar tak suka ramai-ramai orang,susah Umar nak main komputer”adu si kecil Umar kepada ayahnya. Si ayah tersenyum kecil dan menggelengkan kepala melihat telatah si kecil. “Umar sayang, Umar tahu tak apa pahala memberi makan  orang yang berbuka puasa?”giat sang ayah menarik minat si kecil. Mata si kecil bercahaya meminta penjelasan.

Alhamdulillah,Allah masih memberi kita peluang bertemu dengan Ramadan sedangkan ramai saudara kita yang tidak sempat bertemu dengan Ramadan.Firman ALLAH:              

 يَا أَيُّهَاالَّذِينَ كُتِبَعَلَيْكُمُالصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ  عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ  لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ    

 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(2:183)

Ayat ini amat menekankan sifat taqwa dalam diri orang yang berpuasa.Sifat inilah yang seharusnya ibu bapa terapkan dan terangkan kepada ahli keluarga dan anak-anak.Peranan ibu bapa di bulan Ramadan teramatlah besar kerana mereka merupakan qudwah,ikutan,contoh dan uswah buat anak-anak.Sekiranya ibu bapa tidak mampu memanfaatkan Ramadan 30 hari mana mungkin anak-anak dapat memanfaatkan ia sebaiknya??

Soalan yang sering berlegar di ruang pemikiran ibu bapa dan sukar untuk mereka menanganinya iaitu:

Apa peranan dan tindakan  ibu bapa kepada anak-anak semasa bulan Ramadan?

No. Peranan ibu bapa Tindakan Aktiviti
1 Memberi pemahaman kepada anak-anak mengenai Ramadan dengan pemahaman yang sebenarnya.-          Puasa mampu melahirkan insan yang muttaqin Sebelum RamadanPersediaan Ramadan –          Sentiasa menceritakan kepada anak-anak fadhilat dan kelebihan Ramadan-          Menceritakan sejarah Islam yang berlaku pada bulan Ramadan-          Memberi anak-anak bahan bacaan atau poster mengenai Ramadan

–          Membuat satu sudut Ramadan di rumah

2 Menghidupkan ruh Ramadan di rumah-          Ibu bapa merupakan uswah,qudwah dan ikutan buat anak-anak-          Bulan Ramadan seharusnya disambut lebih ceria berbanding bulan-bulan lain Persediaan Ramadan –          Mengadakan aktiviti menghias rumah.-          Memasang lampu pelita atau ‘fannus’-          Membersihkan dan mengemas rumah

–          Mewujudkan suasana gembira di rumah.

3 Melatih anak-anak berpuasa sedari kecil-          Sebagai satu latihan sebelum puasa diwajibkan ke atas mereka-          Membantu mereka memahami erti berpuasa sedari awal lagi Semasa Ramadan –          Melatih anak-anak kecil berpuasa dua jam sehari hingga akhirnya mereka berjaya berpuasa sehari penuh.-          Mengejutkan anak-anak untuk sahur bersama ahli keluarga walaupun mereka tidak berpuasa
4 Melatih anak-anak memanfaatkan Ramadan sebaiknya-          Mengelakkan anak-anak dari kebosanan-          Mengelakkan dari berbuka puasa sebelum waktunya.

–          Mengelakkan dari membuang masa dan hanya bermain komputer atau menonton televisyen.

Semasa Ramadan-          Semasa berpuasa –          Memberi tugasan buat anak-anak: Tilawah Qur’an 1 juzu’/hari-          Membuat ‘scoreboard’ untuk menaikkan semangat berlumba-lumba pada kebaikan-          Memberi hadiah kepada pemenang dan mengingatkn bahawa ada ganjaran yang lebih besar iaitu ganjaran ALLAH
5 Menambah ilmu pengetahuan dan thaqafah anak-anak-          Menggunakan waktu lapang-          Menambah thaqafah dari sudut agama Semasa Ramadan –          Mengadakan halaqah membincangkan mengenai sirah ,tafsir,fiqh,aqidah dan lain-lain-          Mengadakan pertandingan atau musabaqah berkenaan pelajaran yang telah dibincangkan-          Membuat kuiz mingguan untuk anak-anak berkenaan Ramadan, contoh:nama lain Ramadan, sejarah Ramadan,peristiwa di bulan Ramadan,etc…
6 Menggalakkan anak-anak beribadah dan beradab di bulan Ramadan-          Ramadan praktikal bagi apa yang mereka pelajari di sekolah-          Sebagai medan mendidik anak-anak adab-adab yang telah digariskan Islam : adab dengan orang tua,adab di masjid dan lain-lain. Semasa Ramadan-          Solat Terawih-          Berbuka –          Mendidik anak-anak untuk bersedekahdi bulan Ramadan : Mendidik mereka untuk menabung dan bersedekah dengan duit tabungan mereka kepada orang miskin atau saudara seislam di Palestin-          Menceritakan kisah-kisah para sahabat yang pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan : Abu Bakar As-Siddiq r.a, Usman Affan,etc…-          Mengejutkan anak-anak untuk solat berjemaah,qiam dan solat subuh. Utamanya,mendidik anak-anak menjaga solat fardu lima waktu.

–          Mendidik anak-anak untuk banyak berdoa kepada ALLAH dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH : Mewajibkan anak-anak menghafal doa harian dan membaca setiap kali selesai solat mengikut giliran masing-masing.

–          Bertadarus dan bertilawah bersama selepas subuh untuk mengelakkan anak-anak membuang masa hanya dengan tidur.

–          Diselitkan juga tadabbur ayat-ayat yang dibaca dan mengaitkannya dengan kisah-kisah serta pengajaran yang diperolehi anak-anak.

–          Melatih anak-anak membaca al-qur’an mengikut target masing-masing : memulakan dengan kuantiti yang sikit dan menambahnya sedikit demi sedikit.

–          Memberi ganjaran buat anak-anak yang Berjaya mencapai target mereka di bulan Ramadan.

Ibu bapa yang kreatif dan faham mampu mencipta suasana yang lebih hebat di bulan Ramadan dan melahirkan insan muttaqin melalui madrasah ramadan.Moga Ramadan ini menjadi Ramadan terbaik buat diri dan keluarga kita.Insya Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(6;66)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s