Kisah si botol air dan Ramadan

botol air = ramadan??


C: kalut ni…macam mana nak buat ni?(sambil menggaru kepalanya)

D: ehem..ehem… ada apa-apa ke nak aku tolong?

C: Kena makan kenyang-kenyang ni,tak habis lagi ‘round’ semua kedai makan sebelum tiba masanya ni.hishh…masalah besar ni!kalau aku kaya dah lama aku ‘travel’ luar Negara,musafir kan?aku kena buat perancangan ni!(muka bersemangat)

D: (tersenyum sambil menepuk bahu rakannya)Kau ni,macam-macamlah. Ha,aku ada satu cerita. Kau nak dengar tak?

C: (muka berkerut-kerut dan tangan tangkas menconteng kertas perancangan)Ha,apa dia?aku sibuk ni.Kau cerita je,aku dengar.

D: Tajuk dia Botol air dan Ramadan.

C: (tersentak lantas berpaling)Haa?? Kau jangan buat cerita bukan-bukan.Mana kaitannya botol air dan Ramadan.Dah terang-terangan tak boleh makan dan minum waktu puasa.

D: tulah,aku nak kau dengar cerita ni.ok, aku nak Tanya kau satu soalan.Bagaimana terhasilnya sebotol botol air dan apa bahan yang digunakan?Kau kan ‘power’ sains.

C: (tersenyum lebar)haa,kacang je.Bahannya bergantung pada hasil dia,contohnya,kalau kau nak buat botol kaca mesti guna kaca.kalau kau nak buat botol plastik,pastinya gunakan plastik.takkanlah nak guna tanah liat kan?

Nak hasilkan dia,aku tau ada 6 langkah: pertama, Pembuatan cetakan Mengunakkan CNC(Computer numerical control)kedua, Proses injeksi plastik cair kedalam cetakan (Injection molding),ketiga, Proses injeksi ½ jadi (Injection molding),keempat, Meniupkan udara kedalam cetakan (blow molding) kelima, Pendinginan produk dan terakhir sekali,Finishing.kau ‘search’ kat internet,banyak je maklumat.

D: ok, lepas siap jadi apa?

C: jadilah botol air, isi air dalam tu lepas tu,jual kat kedai dan akhirnya ke dalam tong sampah, bergantung pada si pengguna.kalau pandai manfaatkan, buang kat kitar semula. So,habis cerita botol air! Apa pula kaitannya dengan Ramadan?

D: pandai kau! Sebelum aku jawab soalan kau,aku ada satu lagi soalan.apa pendapat kau tentang Ramadan?

C: Bulan maghfirah dan rahmah dan lain-lain yang biasa ustaz-ustaz kat masjid cakap,tapi… aku rasa susah sikit sebab benda yang aku biasa buat dah tak boleh buat waktu Ramadan.berat-berat..

D: ok,kita tinggalkan dulu persoalan kau tu.nak tau kenapa aku kaitkan botol dengan Ramadan?kau rasa botol air tu apa?

C: benda,apa dia?

D:Botol air tu ibarat diri kita,khalifah di muka bumi ni sama halnya dengan botol air yang jadi ketua bagi dirinya. Andai kosong botol air tu,samalah seperti manusia yang kosong tanpa agama dan pegangan juga tujuan hidup.ok, cuba kau bayangkan botol air yang kosong apa akan jadi?

C: hmm..mungkin akan terbiar ditiup angin ke mana-mana.Mungkin juga dipijak dan dilempar.Banyak kemungkinan…

D: dan mungkin juga bila bergolek ke tengah jalan dia akan dilanggar kereta dan kemek.betul tak?kau rasa apa kaitan dengan diri kita?

C:Betul tu!Macam tu juga dengan kita,andai tiada agama dalam diri akan hanyut dibuai arus duniawi.Allah!

D:Kau pernah dengar tak hadis ni?Riwayat dari Abu Daud radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kamu, sebagaimana orang lapar mengepung tempat makanan. Berkata seorang sahabat, “Apakah kerana kita sedikit pada masa itu? Rasul saw. bersabda, “Bahkan kalian pada saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih, seperti buih lautan. Allah akan mencabut dari hati musuh kamu rasa takut pada kalian. Dan Allah memasukkan ke dalam hati kamu Wahn. Berkata seorang sahabat, “Apakah Wahn itu wahai Rasulullah saw? Rasul saw, bersabda, “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

C: Tapi,apa kaitannya dengan Ramadan?Dari awal aku tertanya-tanya..

D: Cuba kau bandingkan penghasilan botol dan manusia?dua-dua melalui suatu proses yang rumit.sebelum,semasa dan selepas. Botol air,awalnya hanya plastik, semasa iaitu dalam keadaan berisi air sama ada air jernih atau keruh, akhirnya ada berbagai cara macam kau cakap tadi contohnya kemek dan lain-lain.begitu juga manusia,kaitannya dengan madrasah Ramadan sangat rapat.awal penghasilan itulah manusia,semasa penghasilan iaitu dalam keadaan madrasah Ramadan jiwa penuh dengan agama dan kebaikan atau kejahatan dan kerosakan bergantung kepada pemilik diri,dan akhirnya bergantung kepada keadaan semasa iaitu bagaimana dia melalui madrasah Ramadan maka akan terhasillah natijah.Andai dia manfaatkan Ramadan sebaiknya,hasilnya untuk 12 bulan akan datang adalah muslim muttaqin,begitu juga sebaliknya.

C: hmmm,mendalam kata-kata kau ni.

D: Madrasah Ramadan adalah madrasah yang menentukan keadaan kita bulan berikutnya.Botol air dan cirinya menentukan keadaan seterusnya.Andai Ramadan gagal kita manfaatkan bagaimana untuk memanfaatkan yang akan datang? Andai botol air dibiarkan lama manakan boleh menggunakannya lagi?

Ramadan kareem!

Fikir-fikirkan~

       اللهم بلغنا رمضان  

Ramadan kian hampir adakah kita telah bersedia menghadapinya?

Botol air pun ada persediaan dan prosesnya,kita yang sebaik-baik makhluk ni,yang dikurniakan akal,takkan tak jadi lebih baik dari ciptaan yang tak bernyawa??

‎..an athlete who do not warm up or exercise for a short time before an athletic event may not continue active performance till the end of the game.. 
Similarly, a Muslim who comes unexpectedly upon Ramadan cannot make use of its times and moments in the best manner..

Hadis~: خاب وخسر من  أدرك رمضان ولم  يغفرله     

Mafhumnya: kerugian dan sia-sia buat mereka yang meninggalkan Ramadan namun tidak mendapat keampunan

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s